Sunday, December 18, 2011

♥ LONG SILENCE ♥

GREETINGS TO ALL MY DEAR READERS!!
Apa khabar you guys semua?? Hope that you guys are well indeed. For me, I'm currently living a simple, normal but enjoying life. Tak banyak yang berubah. Masih macam dulu. Ada incident yang happy, ada yang sedih, ada yang kecewa and yang mengujakan. Everything's fine with me. Living my life to the fullest. :)

LONG SILENCE??
Whooaaa... Rasanya dah lama jugak Ader tak update blog ni kan? N the last post in this blog pasal Langkawi vacation haro tu kan?? Sorry guys... Bukannya apa. Cuma I've been quite busy all this while. Ni pun baru ada kesempatan untuk update. Untuk pengetahuan semua, Ader dah masuk UiTM balik. Dah dalam lebih kurang sebulan rasanya kat sini. Cuti mid-sem pun dah nak tiba. Hari Jumaat ni dah cuti. And I'll be back in UiTM on 2nd of January. Cuti mid-sem, Christmas, New Year, semua masuk sekali dalam seminggu tu. :)

HOLIDAY PLAN??
Well, cuti kali ni Ader tak plan nak pergi mana2. Just duduk rumah and spend time dengan Opah and Atok yang tersayang je lah. Hehe... Best apa spend time dengan Opah and Atok. Dah lah lama tak jumpa mereka. Eh, sebulan tak jumpa itu dah kira lama okay. Plus, can't wait to meet Baby Zara yang umurnya nak hampir setahun. Yeap... She'll turn 1 this 1st of January 2012. Wah2.. Kejap nye dah nak setahun. Tak puas lagi main2 dengan dia.Usu nak buat small birthday party untuk Baby Z. And insyaallah, I'll be attending that event. *teringin nak makan cake sebenarnya :p*

CAMPUS LIFE??
My campus life okay je. Biasalah mula2 baru naik campus ni banyak guna duit ckit. So untuk bulan ni budget untuk shopping takde. Duit dah habis untuk beli buku2 and barang keperluan. Sedih jugak lah kan... Orang selalu akhir2 tahun shopping sakan. Maklumlah... Year-end sale lah katakan. But for me, Ader hanya mampu tengok and ber'window-shopping' je. Geram jugak tengok kawan2 Ader ni shopping. Mereka beli itu, ini. Hehe... Ader hanya mampu teman and lihat mana yang cantik. Simpan dalam hati... Nanti dah ada duit baru beli.

Tentang subject2 yang Ader ambil during my 4th semester ni agak exciting lah. I have Business Law, Finance, Public Relations, Business IT and Mandarin Language. Setakat ni Ader minat Business Law and Finance. Business Law is kind of exciting. Seronok baca Law ni. Kita boleh tahu hukum-hakam contract, business and so on. But Business Law yang payah nya nanti nak jawab exam and menghafal. U have to memorise all the Act, Section and Cases in Business Law. Dah lah akta2, seksyen2 and cases dalam buku bukannya sikit. BANYAK YANG AMAT! Ader pun tak tahu lah macam mana nak menghafal benda tu. But I'll try my best to work towards it. Because Ader kind of minat that subject. Yang Finance pulak, dia lebih kurang macam Accounting but it is more exciting and easier for me to understand. Maybe sebab lecturer nya bagus. Lecturer nya penyabar and dia akan terangkan sampai kita betul2 faham. And pemyampaiannya sangat bagus. *thumbs up*



Ader masih lagi ke class dengan berjalan kaki. Tak macam orang tu (Affieq Akmal) yang sekarang dah naik kereta untuk ke class. Alasan, class jauh. Tapi naik kereta pun kereta kawan. Dia tak bawak kereta lagi. Semester depan katanya. But sometimes, Affieq Akmal ada lah hantar Ader pergi class menggunakan kereta Fahmy (kawan baik kami). Selalunya kalau hujan, tak larat or class kami di waktu yang sama.


BUSINESS??
Oh... Sementara teringat ni, Ader nak promote sikit blogshop Ader ni. Ader ni ada lah business kecil2an. Ader buka business jual gelang and accessories. Nak cari duit sikit2. And semua gelang ni Ader buat sendiri. Yeap... All hand-made and custom-made by me. Sila lah jenguk2 ke blogshop saya. Oh.. FB page pun ada. Ni link nya...


ANYTHING ELSE??
Well.. I guess not. That's all for now. Ada apa2 update lagi nanti I will blog okay.

p/s: we managed to our 8th and we're still going on strong...stronger than before. :)

XOXO
Aderina Affandi ♥

Wednesday, November 2, 2011

♥ HOLIDAY TRIP 2011: PULAU LANGKAWI ♥

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!
To all my readers, apa khabar?? Harap you guys semua sihat2 je. Dah lama rasanya Ader  menyepi. Dah lama tak update blog ni. Rasa rindu sangat nak update. Untuk pengetahuan semua, sekarang Ader ada kat rumah opah tersayang. Spend my remaining days kat sini sekejap before I go back to UiTM. Haiishh.. Lebih kurang dalam 2 minggu je lagi then bermula lah semester ke-4 Ader di UiTM.

HOLIDAY TRIP??
Entry kali ni Ader nak cerita pasal trip Ader ke Pulau Lagenda hari tu. Dah almost seminggu balik but baru hari ni je ada kesempatan untuk menulis blog ni. Maklumlah... baru ada masa sekarang je. I was quite busy before this. Entry untuk holiday kali ni Ader taknak cerita banyak sangat cuma Ader akan bagi gambar as inputs. Do you ever believe that a picture speaks a thousand words?? Biarlah gambar tu yang menceritakan segalanya.

PULAU LAGENDA, PULAU MAHSURI??
Ader pergi sana on the 23rd of October. Ader pergi dengan mama, auntie Azie, her husband and her 2 children. It was a last minute plan for me and mama to join. Mulanya nak balik rumah opah that weekend but then we decided to have a vacation dengan auntie Azie and her family. We are quite close actually and we become much closer there. :)

Langkawi Island is the gem of Kedah

Day 1...
Kami bertolak Ahad pagi (around 11.00am macam tu). Then sampai kat tol Gurun, Kedah around 4.00pm. Kat sana jumpa si Affieq Akmal and he took us to Kuala Muda, Kedah. Dia tak ikut cuma we had planned that kereta mama akan di'park' kat rumah since kami rasa tak selamat untuk just park kat parking jetty tu. Plus, rumah dia pun tak jauh dengan jetty. Kami sampai di Pulau Langkawi around 8.00pm after almost 1 and a half hour ferry trip merentasi ribut dan ombak yang bergelora. *okay... tu exaggerate sangat*










Day 2...
Hari kedua kami ke Padang Mat Sirat Beras Terbakar. And look what I found....

tak tahu ni cicak apa...
Hahaha... Nampak exotic kan? Lepas gi Padang Mat Sirat, kami makan ikan bakar. Sungguh sedap ikan bakar tu and Ader tak pernah rasa ikan bakar sesedap tu di semenanjung. At least, belum pernah lah. Then kami balik ke apartment sebab adik Sofea Alyssa kita ni demam.






Day 3...
Ha... Day 3 ni agak memenatkan but yang paling best. Penat sebab daripada pagi sampai ke petang dalam pukul 3.00pm macam tu, kami berlegar2 di bandar Kuah dengan berjalan kaki. Apa lagi... Mama dengan auntie Azie shopping la... Ader, uncle Lan, Alyssa and Adrianna pun ikut je. Alyssa tak sihat masa tu. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang panas membuatkan dia lesu. We almost cancelled our plan untuk pergi mandi sungai that evening. Tapi bila dah masuk dalam bangunan air-cond and makan bubur Marrybrown, Alyssa tiba2 jadi sihat and active balik. Jadi apa lagi?? Pi mandi sungailah kami petang tu... :)



Apa yang best nye hari ke-3 ni?? Selain dapat mandi sungai, I had a foot and shoulder massage that night with mama and auntie Azie. First time tau! Best tu memang best tapi time dia urut kat tapak kaki tu rasa geli.

Day 4...
Hari ke-4 ni kami pergi naik cable car. Then petang tu kami mandi kat Pantai Cenang... Need I say more??


view dia lawa kan? :)

see the sun ray... it's like a divine light! :)


Day 5...
Hari ni kami pun nak pulang ke Kuala Lumpur. Got our ferry at 11.30pm and sampai kat Kuala Muda around 1.00pm. Sampai2 je dah ada orang tunggu and jemput. Nak2 pulak jumpa muka orang yang tersayang. Mestilah happy kan? :) Sebelum balik KL, sempat jugak makan laksa kat Teluk Kechai dengan Affieq Akmal. And lepas tu.... pergi rumah dia kat Pendang sebab nak hantar dia lah. Kesempatan itu diambil oleh mama untuk tengok anggerik hutan yang dikumpul oleh ayah Affieq Akmal. Kalau nak tahu, Affieq Akmal and ayahnya kerap kali masuk hutan untuk cari anggerik. Ader pulak... geram kat kucing2 dia yang ada 11 ekor tu. Kebanyakkannya berbulu panjang especially kat ekor. Suka Jack Sparrow! Geram tengok....


Affieq Akmal's Wild Orchids Collection. almost 300 species.

Then kami bertolak pulang dalam pukul 4.00pm macam tu and sampai KL dalam pukul 8.30..

best kan duduk kampung? pemandangan yg sgt indah di kawasan rumah Affieq Akmal... - Pendang

Dengan ini maka berakhir lah trip kami ke Langkawi.. ;)

MAKAN, MAKAN DAN MAKAN??
Ader rasa sejak balik daripada Langkawi ni, Ader dah gemuk. Mana taknya... Asyik makan je kat sana. Makanan kat sana sedap2 pulak tu. Okay.. Meh sini Ader cerita Ader makan apa kat sana.

Day 1..
Pagi: nasi goreng bibik masak
Tengah hari: lemak tempoyak ikan patin kat RnR Sungai Perak
Petang: bacon sandwich yang dibekalkan oleh bibik (berapa slice, tak ingat..)
Malam: nasi, sotong goreng tepung, daging merah, telur dadar..

Day 2..
Pagi: roti bakar dengan butter and telur
Tengah hari: nasi, ikan bakar, sambal udang, and macam2 lagi
Malam: nasi, ikan steam, sotong goreng tepung, buttered prawn..* huuh!! sedaaaap*


Day 3..
Pagi: auntie Azie masak french toast, sausages, scrambled eggs
Tengah hari: nasi, ikan bakar
Petang: mushroom and cheese quiche, apple pie with vanilla ice-cream
Malam: satay ayam, satay daging and satay kambing


Day 4..

Pagi: auntie Azie masak yang sama macam semalam
Tengah hari: spaghetti carbonara

Petang: mushroom and cheese quiche
Malam: auntie Azie masak nasi goreng yang sangat sedap

Day 5..
Pagi: auntie Azie masak macam pagi semalam
Tengah hari: laksa Teluk Kechai bersama Affieq Akmal
Malam: nasi dengan paprik ayam


banyak kan makan?? ish.. ish..

ANYTHING ELSE??
Rasanya tak ada lagi kot. Tu je yang nak diceritakan. I will update again as soon I have an interesting story to tell. Tcheus!

p/s: result keluar this Friday... pray for my luck guys. untuk Affieq Akmal, good luck to you too.. :)


XOXO
Aderina Affandi ♥

Thursday, October 13, 2011

♥ BLOGGER PILIHAN TERJAH ♥



ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!
Hari ni for the first time Ader join segmen2 untuk naik kan traffic. Maklumlah.. Ader ni baru je berjinak2 dalam berblogging. Jadi Ader TERJAH blog CZ ni. So that biar ada orang TERJAH blog Ader jugak. Jadi naiklah sikit traffic kat blog ni. Hehe.. Jangan salah faham... Bukannya Ader mencari publisiti murahan or apa. Tapi tak salah kan kalau Ader promote blog Ader yang tak seberapa ni. On top of that, Ader boleh menambah kenalan dand berkawan dengan blogger2 yang lain. So, jangan lupa TERJAH blog Ader. And kalau dah TERJAH, sudi2 lah follow ye. Tapi kalau taknak follow pun takpe. Tiada paksaan...

Jadi kalau you guys pun nak join, silalah click dekat banner CZ di atas. Sekian terima kasih... :)


XOXO
Aderina Affandi :)

Tuesday, October 11, 2011

♥ 09/10/11 PHENOMENON ♥

SALAM SEJAHTERA TO ALL MY DEAR READERS!!
Okay... Mesti you guys pelik why Ader buat 2 entries in a day. Tak pernah2 Ader nak buat 2 entries. Sedangkan 1 entry sehari pun dah susah, ini kan lagi 2 entries. Well, siang tadi kan Ader dah janji nak buat another entry tonight, betul tak?? So, I have to fulfill my promise. Musyrik nama nye kalau tak penuhi janji.. Betul ke? Boleh apply ke ayat tu untuk situasi ini?? Entahlah... Anyway, tonight I'm going to blog about a phenomenon that just occured yesterday.

ADA APA DENGAN 09/10/11??
Apa itu 09/10/11?? Look at the numbers... It's ascending! 09>10>11. Betul tak?? Haha... Well, that was yesterday's date. 9th of October 2011. Epic isn't it?? Bertuah lah siapa yang lahir semalam. Nanti birthdate dia 091011 and IC number dia mesti start dengan 111009. Wow!! *playing with the numbers*

Apa yang jadi semalam?? Well, it's not just about the number yang epic but something amazing and EXTRAORDINARY happened yesterday. Did you look at the night sky on yesterday's night? Tengok langit malam tak semalam? Kalau you guys tengok, what did you see? Lawa kan langit and bulan semalam. Bukannya selalu jadi macam tu. Bagi yang tak sempat tengok, tak dapat tengok or terlepas tengok, memang anda tersangat2 lah rugi. Ader sempat tengok sebab I saw one of my Facebook friends' status yang kata:

gi tengok langit! bulan style doh malam ni...

And I quickly went outside to my deck and I looked at the night sky. At first, Ader tak perasan apa2. Ader cakap dalam hati, "takde apa2 pun. biasa je bulan malam ni. bulan purnama pun tak. just nak dekat penuh je." Then suddenly I saw it.... Bentuknya macam lubang kubah. Then Ader terus sms Affieq Akmal suruh tengok jugak. Saw what?? Jeng... Jeng... Jeng... 

A PHENOMENON??
Okay.. Bagi yang tak tahu apa yang berlaku malam tadi, mesti tertanya2 apa yang telah terjadi and dah penat teka apa yang berlaku. Okay lah, okay lah... Ader bagitahu ni. An unusual phenomenon occured yesterday. It was a MOON RING or WINTER HALO phenomenon. Or some called it the HALO EFFECT. This particular phenomenon can be seen at any angle in SOUTH ASIA. So, seluruh penduduk di ASIA SELATAN dapat menikmati HALO EFFECT semalam. Kami penduduk Malaysia juga dapat menikmatinya juga. Malam yang sungguh indah semalam. And this phenomenon has been a talk in Facebook since yesterday's night and has been dragged and lingered on until this afternoon. So penuh lah status Facebook orang semalam yang bercakap pasal bulan lah, bulan cantik lah, refraction of light lah, langit malam ni lawa lah... and the list goes on. Kuasa Allah kan... But I'm curious about this phenomenon. And my curiosity has leaded me to do some research and gained some information on this particular phenomenon. Maklumlah... Ader ni pantang kalau bab2 astronomi macam ni. Ader memang minat astronomi. And so... Ader search information guna ENCIK GOOGLE.. *internet lah tu* And these are some of the information that I received.

these photo was captures by one of my friend in Facebook. beautiful isn't it?

MOON RING??
Okay... Moon ring usually occur 2 days before full moon. It is also known as WINTER HALO and usually appears in conjunction with a full moon. It appears to be whitish ring, about 10 to 20 times larger than the size of the moon itself and it surrounds the moon as the moon is at the center of the ring. It is caused by the refraction of the light from the full moon in the ice particles floating in the clouds. So, it is actually kesan daripada biasan cahaya daripada ice yang terkandung dalam awan and dia lebih kurang macam rainbow jugak lah. This MOON RING selalunya terjadi di bawah awan. In ancient beliefs, this phenomenon means a very warm days before winter storm. So this phenomenon kira macam petanda bahawa ribut salji akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi. And selalu nya jarak hari yang akan berlaku ribut salji tu berkaitan dengan jumlah bintang dalam bulatan tu. Contohnya kalau ada 7 bintang dalam bulatan tu, bermakna ribut salji akan berlaku dalam masa 7 hari lagi. *but Ader tak nampak pun bintang dalam lingakaran tu semalam? adakah ini tandanya ribut salji berlaku hari ni? wallahualam...*


Okay.. Kita dah baca satu info kan?? Ini Ader dapat info yang lain pulak...

HALO EFFECT??
Ingat tak Tsunami yang berlaku di Acheh pada tahun 2008?? Ingat kan... Ianya dikatakan ada kaitan dengan kejadian HALO EFFECT ni. Malam sebelum kejadian Tsunami tu, lingkaran bulan ni dapat dilihat di mana2 sahaja di bahagian ASIA SELATAN (termasuk Asia Tenggara)

Macam mana benda ni boleh berkait dengan Tsunami?? Okay.. Macam ni cerita dia... Graviti bulan memainkan peranan dalam pergerakan mantel bumi. So apabila HALO EFFECT ni berlaku, ianya akan mempercepatkan lagi pergerakan mantel bumi ni. You just imagine that without this effect, it takes another 2-3 months for the mantle to move. It's constantly move but with a very minimum movement. So when this phenomenon occur, the movement of the mantle speed up and it cause energy emission under the sea. jadi pergerakan yang mendadak ni menyebabkan pelepasan tenaga yang membuatkan air laut berkocak lalu jadilah Tsunami. Here are some chronology of the Tsunami... Kira tanda2 lah ni...

1. berlakunya lingkaran bulan (HALO EFFECT or orang panggil aura bulan)
2. esok siangnya, cuaca akan menjadi mendung dan ini akan berpanjangan sehingga 1 hari penuh.
3. akan berlaku kematian yang banyak di kawasan Nusantara.
4. di sesetengah daerah terpencil di Semenanjung Malaysia, terutamanya di kawasan Perak, Penang and Kedah, akan berlaku tanah jerlus.
5. air terjun akan mengalir lebih deras daripada kebiasaannya.
6. kerang akan timbul.
7. kehadiran haiwan2 yang pelik and hidupan laut yang jarang dijumpai seperti dugong.

And ada amaran sekiranya HALO EFFECT ini berlaku:

1. elakkan duduk directly bawah kipas. *mungkin dia takut kipas tu tiba2 jatuh*
2. elakkan mandi air terjun. *kan tadi dah cakap air terjun akan mengalir lebih deras daripada biasa. nanti tak pasal2 kena hempuk dengan air tu, tenggelam tak timbul2*
3. elakkan mandi di kolam air panas. *mungkin dia takut air yang suam2 kuku tu tiba2 menggelegak*
4. elakkan berkunjuung di kawasan tanah mendap. *takut terjerlus dalam tanah*


this photo was captured by a friend of my FB friend. nampak macam langit terbuka kan? the clouds surround the moon like an opening. wonderful isn't it? 


ANYTHING ELSE??
So, itu je information yang Ader dapat pasal MOON RING phenomenon ni. Nak tahu lebih lanjut, you guys just click link yang source tu or GOOGLE lah sendiri. Apa2 pun, itu semua kuasa Allah. Ini hanyalah info sebagai tanda jaga2. Kita tak tahu apa rancangan and rahsia Allah. Tu semua hanya DIA yang tentukan. Wallahualam....

p/s: kelakar jugak semalam baca status kat Facebook orang ni yang kata... "tengok langit woi!! nak kiamat dah ni!" belum nak kiamat lagi lah... but kita harus tingkatkan amalan and buat persiapan... and ada seorang kawan Facebook Ader yang dapat capture this picture. cuba tengok gambar ni betul2 dan apa yang anda nampak??

this photo was also captured by my FB friend using his DSLR camera from a certain angle. nampak tak kalimah 'Alif-Lam-Lam-Ha = ALLAH'?? SUBHANALLAH. and bukan dia seorang je nampak. ada a few individuals jugak yang nampak from a certain angle. *menyeramkan*


XOXO
Aderina Affandi :)

Monday, October 10, 2011

♥ OFFICIALLY DONE! ♥

GREETINGS EVERYONE!!
How are you today? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Yang mana sakit tu, segera lah berjumpa doktor agar sakit anda tu tak melarat. :) Well as for me, I'm back home. ;)

BACK HOME??
Yeap. I am now currently at home, lingering in my comfortable living room, on this soft red rug. It's nice to be at home at last. At least I know I can do something that doesn't bores me. Anyway, semalam right after my final paper, mama dah tunggu kat UITM Lendu tu. Then went to my hostel and masukkan barang dalam kereta. Then straight to my maklang's house in Puchong. Pergi sana sebab nak jumpa opah kesayangan. ;) Hehe... Sebenarnya nak makan masakkan opah. Rindu sangat dengan masakkan opah. And so, semalam opah masak Asam Pedas Ikan Tenggiri. Opah was surprised on how quick mama boleh sampai. At first, mama cakap probably sampai around 3.00pm. But tengok2 semalam, a few minutes before 1.00pm dah sampai as it took only 1 hour to reached maklang's house. So, tak jadilah Ader nak makan KFC semalam. But hey, Ader makan lebih sedap daripada tu and... Ader rasa Ader dah muak makan KFC selalu sangat.

OFFICIALLY DONE??
Hmm... It's sad to say this. No more this and I have promised to myself that I won't go through it anymore. I'm tired with all these and I'm hoping that I will never repeat this anymore. And I'm being deeply emotional about this. *okay... you are exaggerating it too much, Aderina.* I, Aderina Affandi, hereby announce that I'm.........

OFFICIALLY DONE WITH!! AND GRADUATED FROM BUSINESS STUDIES DIPLOMA SEMESTER III!! :D

*baru graduated semester 3... belum lagi sepenuhnya... -.-'''*

Hahaha... How's that?? Mesti you guys ingat tadi Ader ni baru lepas putus cinta ke apa kan? Hahaha... Takdelah. OFFICIALLY DONE semester 3 je. Putus cinta tu takdelah... All went wall so far. *wink wink*

ANYTHING ELSE??
Nope. I think that's all for now. Anything else, I will blog again soon. BYE! :)

p/s: I think I will make another entry malam ni. pasal apa?? nantikan nye sendiri. ;)


XOXO
Aderina Affandi ♥ 

Saturday, October 8, 2011

♥ BACK TO MY PALACE ♥

HELLO EVERYONE!!
How does everything goes along with you guys?? I hope that you are all in a very good condition especially to all the undergraduates of UITM who are currently, enjoying their semester break. I hope so.

Well as for me, I'm still stuck here in London a.k.a Lendu. Yeap! I still have 1 more paper to go. *sigh* I was being extremely jealous of all the people yang dah balik awal. At first, I was still ok lagi lah bila tengok budak2 blok start balik seorang demi seorang. It hit me when Affieq Akmal went back too, on Thursday. Terus dunia rasa sunyi. Mana tak nya, sebelum ni kalau orang balik, biaq pi diorang lah. Xde kena mengena dengan Ader. But bila Affieq Akmal balik, dah takde orang teman. And I had never leave my room since. Duk terperap dalam bilik je ni. Makan pun makan roti, cereals, etc yg ada kat dalam bilik ni. Dah lah malas nak turun, makan pun tak lalu. Haiisshhh....

BACK TO MY PALACE??
Back to my palace as in I will be home soon. Tomorrow is my final paper and I will be going home straight. Hahaha.. First time Ader rindu rumah. Before this duk ketegaq sangat nak balik. Liat sangat nak balik. La ni, rindu rumah pulak. Tak sabar nak balik rumah sebab nak jumpa mama, makan masakan mama as Ader dah muak teramat2nya muak makan kat sini. Plus, nak jumpa opah kesayangan, makan masakan opah, jumpa Mira, etc. And yang paling penting, I want to play online games puas2. I just got a new game and so, I want to try it on. Kat sini takleh main sebab hanya menggunakan line broadband. Nak main, kena guna line WiFi yg kuat. Kalau nak guna broadband, habislah Ader kena leteran opah akibat bill broadband yang menigkat dengan mendadak.

As soon as I habis my final paper esok, I will go home straight. Barang dah 95% siap packing. Another remaining 5% will be done tonight. Tapi sebelum balik esok, nak ajak mama makan KFC lah for my lunch. Then, Ader dah taknak sentuh KFC lagi dah sampai semester depan. Rasa muak pulak nanti makan KFC kerap kali.



SEMESTER BREAK ACTIVITY??
Well, Ader plan nak buat a few things on this particular semester break. Ader nak spend time dengan mama, opah kesayangan, atok and Mira. I also want to ajar Mira sebab dia nak exam. nak spend time main my beloved guitar and not to mention main online games. But since kat rumah opah nanti takde internet access, Ader nak tolong opah masak lah. Sambil tu boleh belajar masak. Hehe...

ANYTHING ELSE??
Nope.. Dah takde dah nak cakap. You can call this entry just a brief update from me. Anything else, I will blog again soon. BYE!


p/s: Ader ni bukanlah orang utara and bukannya pandai cakap utara pun. tapi sejak dah rapat dengan orang utara ni, kena lah praktik kan, kan?? hehe...



XOXO
Aderina Affandi

Wednesday, October 5, 2011

♥ ALL SORTS OF THINGS ♥

GREETINGS TO ALL MY READERS!!
Apa khabar semua? Harap korang semua sihat sejahtera. Dah lama rasanya Ader tak update blog ni. Dah mula berhabuk dah blog ni. Sorry lah.. Bukannya Ader sengaja, cuma tak berkesempatan. With my final examinations and activities that filled my days. Sebenarnya sekarang ni Ader masih lagi dalam menghadapi final exams but my paper will be on the 9th October. So ada time interval sikit ni, Ader nak update blog ni..

NOT FEELING WELL??
Sejak kebelakangan ni, Ader macam tak berapa sihat. Nak kata demam tu takdelah teruk sangat. Cuma rasa macam demam sipi2 lah. *ada ke demam sipi2?? entah lah..* Pastu migraine kerap datang, badan rasa lesu, hari ni hidung tersumbat (nak selesema agaknya) and paling ketara, Ader hilang selera makan. Dah hampir seminggu Ader hilang selera makan ni. Bukan setakat hilang selera tapi pandang makanan pun rasa loya, lagi2 kalau baru lepas makan. And makan selalu tak habis. Bayangkan ada satu malam tu Ader makan buerger daging. Baru makan separuh dah tak habis sebab dah tak boleh masuk. Walhal siang tu Ader cuma makan nasi seciput tapi nasi tu pun Ader tak habis. Hmm... Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab kempunan makan ayam panggang and nasi kismis mama. Takpe... Lagi a few days Ader kat UiTM Lendu ni. Then, I will be back in Shah Alam and mama has promised me to cook those dishes for me. YAY!!

OPEN HOUSE MAMA??
Last Saturday mama ada buat open house. Wah2!! Tengok dishes nya semua sedap2. Terliuq Ader tengok. Kempunan tak dapat turut serta. Well, I'm stuck here in UiTM Lendu as I have not finished my paper yet. Teringin sangat nak makan masakan tu. Untunglah siapa yang dapat pergi. And they have cupcakes too. Not just any cupcakes. They are carrot cake with cream cheese toppings. GOSH!! Did I really missed that?? I bet there were also red velvet cupcakes with cream toppings. Ala... Sedihnya. Makanan sedap2 tak dapat, cupcakes pun tak dapat. :( And kat sini, I'm stuck with the same old dishes yang Ader makan tiap hari. Benda yang sama...

see all those dishes?? sedapnya....

dah macam cake kahwin dah.. :)
the carrot cake cupcake with creams cheese topping. yumm!!

*photos were taken from mama's fb. credits to her*

RINDU OPAH??
Tiba2 teringat Opah tersayang. Rasa rindu sangat kat Opah Ader. Hari tu balik raya pun rasa tak puas lagi bermanja dengan Opah tersayang. Sayu bila teringat Opah. Ader plan cuti semester kali ni Ader nak spend time dengan Opah sambil tolong Mira exam. Yelah... At least kalau Ader ada kat sini boleh lah jadi rujukan Mira kalau dia tak tahu apa2. And boleh jugak lah tolong2 Opah apa2 yang patut sambil borak2, bercerita and all sorts of things to do. Beside, I also want to play with my lovely cousin, Baby Zara Mikaela yang sangat2 comel. Dah besar dah dia. Teringin nak acah2 dia, cubit2 pipi, sakat2 dia and all that. Just harap mama akan bagi.

my opah tersayang...

baby Zara Mikaela yg comel.. :)

ANYTHING ELSE??
Well, Ader rasa sampai sini je dulu post kali ni. Anything else, I will blog again soon. BYE!


p/s: tengah cari idea apa nak buat time cuti semester nanti. any suggestion??


XOXO
Aderina Affandi ♥

Saturday, September 17, 2011

♥ DINNER & DEAN'S LIST ♥

ASSALAMUALAIKUM AND GREETINGS TO ALL MY DEAR READERS!!
Haiihh.. Rasanya dah lama tak update blog ni. Dah berhabuk dah ni. Sorry.. I've been busy lately. With my final exams are getting nearer, assignments to submit (maklumlah... minggu akhir), events to attend, things to do and so on. Baru sekarang ni ada kesempatan untuk berblog. Nothing really interesting happened sejak kebelakangan ni. Only a couple of events, I mean important events that I've attended. And I'm going to blog about it. Rasa nak kongsi 2 event ni. Kalau tak kongsi, rasa sayang pulak. DINNER and DEAN's LIST (DL) FUNCTION.

DINNER??
It was held on Wednesday, 7th of September. It was a dinner for budak2 BUSINESS STUDIES (DE BEST) of UiTM Lendu. Tema dinner kali ni is AIDILFITRI DI PADANG PASIR. So sama ada kena pakai baju raya or something to do with ARABIAN costumes. As for me, Ader cuma pakai baju raya je. Takdenya nak ber'costume'2 Arab ni. But mama ada offer to wear her clothes tapi masa nak balik UiTM hari tu terlupa. Maklumlah... Excited sangat nak pergi Port Dickson. :p

back (from left): Sikin, Dayana, Mimi, Intan, me, Izad
front (from left): Azinuddin, Dayah, Asfarina
WHO ATTENDED THE DINNER??
Well, basically most of the club members, my classmates and since diorang benarkan untuk bawak sesiapa daripada course lain sebab nak cukupkan 300 people (because the budget is for 300 people), so Ader bawa Affieq Akmal sekali. I brought him because he never attend that kind of function before since he set his foot on this UiTM. So, apa salahnya bawa dia. Bukannya selalu pun...

Ok.. Ader malas nak cerita panjang2. Let the pictures do the talking.

from left: Azinuddin, me and Izad

Asfarina & Sikin

Affieq Akmal & me

Sikin and me
I realised that we have a lot of things in common



Izad Fahmy
in UiTM's bus. on our way back to UiTM 

DEAN'S LIST FUNCTION??
I was being awarded as one of the DEAN'S LIST student as I got 3.5++ for my GPA (pointer) last semester. Ni first time UiTM buat DL's FUNCTION for students yang dapat DL time part 1 and part 2. Before this, hanya students yang dpt DL semester 3 dan ke atas sahaja yang dapat. Well, I'm glad by the way. At least anugerah ni boleh jadi pembakar semangat untuk Ader hadapi my coming final exams. Nak dapat DL lg semester ni. But Ader tak boleh lawan ZATIS BUKHARI, my close friend whose taking MASSCOMM. She got 4.00 (4 flat) for both semester and probably this current semester also. And she's taking fast track. :)



the plague and the certificate




ANYTHING ELSE??
No, I don't. Entry kali ni pendek je sebab tak tahu apa nak cerita. Let the pictures tell everything.


p/s: and oh... Affieq Akmal gave me a cupcake last week. so sweet of him. *dapat cupcake pun nak kecoh.. -.-'''*




XOXO
Aderina Affandi ♥

Friday, September 9, 2011

♥ EID MUBARAK & PORT DICKSON ♥

SALAM LEBARAN TO ALL MY DEAR READERS!!
How's your Raya Celebration so far? Mesti best kan? Maklumlah.. Semua serba baru. Baju baru, kasut baru, selendang baru, langsir baru, kereta baru and semuanya yang baru2 la. Alhamdulillah.. Kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut kehadiran Syawal pada tahun ini. Yang dapat melaksanakan Ramadhan dengan amal ibadah yang sempurna, TAHNIAH!! Kepada yang dapat menikmati malam LAILATUL-QADR, double TAHNIAH and praise to Allah. You are one lucky person. And as for me, I'm not lucky enough yet to experience that truly wonderful night.

EID MUBARAK??
Well, my Eid Mubarak Celebration was not much different from the previous year. Semuanya lebih kurang je. Sehari sebelum hari raya, balik rumah Opah and tolong2 itu, ini. My cousins, aunties and uncles were all there except for my Maklang, Paklang and their children. They went back to Alor Setar, my Paklang's hometown.

me and my cousin, nur wahidah. :)
The next day, that very Hari Raya day, it was the day that I waited for. Selain bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, apa lagi yang dinantikan sebagai penuntut university macam Ader ni? Dah tentulah duit raya!! Hehehe.. (jahat betul Ader ni kan?). Jangan tak tahu, kami dah besar ni pun masih dapat lagi duit raya tau! Jangan marah... Siapa kata dah besar tak boleh dapat duit raya? Kalau nak tahu, dalam keluarga Ader, makin kami besar, makin banyak duit raya kami dapat daripada keluarga sampailah kami dah bekerja sendiri nanti. Tu pun maybe masih boleh dapat lagi daripada Opah, Atok and Mama kot. hehehe...

my duit raya. :) dah besar tapi masih dapat duit raya. alhamdulillah...
my three favourite duit raya packet :) and yang paling kanan tu is the one that I like the most. thanks to Opah who gave it to me. :)
Lepas dah salam2 and bagi duit raya semua, mereka bergerak ke Meru (menziarah abang Atok, Atok Rusman, and saudara-mara belah Atok) and they went back to Ijok to visit my great-grandfather which is my grandmother's father, and also saudara-mara belah Opah yang lain. I didn't followed them as I have to take care of Opah that day. Opah tiba2 sakit belakang akibat terlampau banyak sangat buat kerja and kurang rehat. So on that particular Hari Raya Day, Opah tak boleh bergerak, apatah lagi ikut mereka ziarah-menziarah. So I, as the eldest granddaughter and cucu kesayangan Opah (ceh! perasan...), I was assigned to jaga Opah. I'm glad actually to get to help Opah that day. I called it rebonding-time with my beloved Opah. Yelah.. Bila lagi nak berdua2an dengan Opah (ayat tak boleh bla!). Kalau mereka ada, tak best. Nanti Opah tak pay attention kat Ader. :p Apapun, it was my choice to jaga Opah. Tak ada paksaan di situ. :)

from left: me, atok and mira :)
Okay... Ni nak cerita kejadian Hari Raya hari tu. Mira, Mama and Atok pergi Meru untuk menziarahi keluarga di sana. And mereka pergi ke rumah adik Atok ni, Nenek Yul. Nak dijadikan cerita, anak Nenek Yul, Asyikin, tu pun study kat UiTM Lendu, sama dengan Ader and Affieq Akmal. Rupa2nya, Asyikin ni classmate Affieq Akmal. Wow! Betapa kecilnya dunia. Kira makcik Ader ni adalah classmate kepada Affieq Akmal. Hahaha... Memang tak percaya and luckily I wasn't there to experience that awkward moment.

PORT DICKSON??
Okay.. Ni cerita pasal Port Dickson pulak. Mama, Mira and I went to Port Dickson on the 4th day of Raya which fell on 2nd September, Friday. We spent some quality time together until Monday. It was quite relaxing as I do need a vacation because of my hectic schedule in university and I also need to clear my mind before I face my coming final examinations.

What we did there?? Well, kat sana basically we just relaxed, leisured, and spent some time with each other. Beside that, kami pergi karaoke, main scrabble, me composing songs, snapped some pictures (a lot!), swimming, masak and banyak lagi lah. Tapi semua activity yang tak membebankan. And most importantly, I managed to think clearly about a personal decision that I have to make. And yes, I have decided on what I have to and I already did it!



ANYTHING ELSE??
Rasanya for this particular entry, Ader stop kat sini saja lah. Nope. I have nothing else to say except for SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali diri ini. Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan ayat itu kan?

p/s: the answer is yes... and I hope that my decision this time won't disappoint me again.


XOXO
Aderina Affandi ♥

Saturday, August 27, 2011

♥ THE LAST IFTAR ♥

HELLO SEMUA!!
Hari ni Ader berblog lagi. Setelah beberapa hari tak buat apa2 entry, maka hari ni Ader decided nak post jugak benda ni. Actually, Ader nak post tentang perkara ni sejak hari Khamis hari tu. Tapi tak berkesempatan. Maklumlah... Busy buat preparation nak balik and diri ni pun penat sangat. Sebelum tu, Ader nak beritahu that I'm currently at home. Yes! HOME SWEET HOME! Setelah sekian lama tak balik, rasa best pulak balik kali ni. Nak2 lagi balik raya. Memang shopping sakan lah hujung minggu ni. :p

THE LAST IFTAR??
Well, hari Khamis hari tu, I had the last iftar with Affieq Akmal and also with my 4 other classmates (Asfarina, Safiyya, Izad and Sikin). Kami pergi buka puasa kat mana?? Haha... Kami pergi berbuka puasa di UMBAI! Makan seafood dekat restaurant PARAMESWARA. Okay, ni semua idea gila classmates yang nak berbuka untuk kali terakhir sebelum masing2 pulang ke rumah. Tiba2 diorang teringin nak berbuka kat Umbai lagi. Walhal hari Sabtu sebelumnya kami telah ke Umbai but without Affieq Akmal. Yang lebih menggilakan lagi, diorang terus 'shoot' gi Umbai immediately after ko-kurikulum. Bayangkan ko-kurikulum habis je dah pukul 6.30pm. Gerak daripada UiTM Lendu pukul 7.00pm lebih and perjalanan ke Umbai was about an hour. Memang diorang kena alas perut, makan something yang ringan dalam kereta lah kan. Tapi sebab nak makan kat Umbai punya pasal, diorang sanggup.

Well as for me and Affieq Akmal, kami memang dah keluar sejak tengah hari tu. After Ader punya class 12.30pm tu, Ader and Affieq Akmal keluar jalan2 ke bandar Melaka untuk beli baju and shopping sikit2. Kami ke AEON Jusco and Dataran Pahlawan. Then ingatkan nak tengok wayang FINAL DESTINATION 5 tapi wayang tu start pukul 4.50pm as we missed the 2.++pm punya show. So, to kill the time, kami pergi masuk GAME ARCADE and main game kat situ. :p Then about 5.30pm macam tu, kami dah gerak ke Umbai. Mujur Ader dah buat table reservation awal2. Kalau tak, memang tak merasa lah kami nak makan kat PARAMESWARA tu.

AFFIEQ AKMAL tengah main game kereta. dia kan suka kereta... he's a car expert I tell you :p
termenung jauh encik abang sorang ni. teringat kat siapa tu abang? -.-'''


So sampai2 je, kami pilih ikan, sotong and benda2 yang nak dimakan. Affieq Akmal pilih ikan sebab dia ni memang expert dalam hal2 ni. *haiisshh... Aderina. kau tu perempuan. kau pun kenalah expert jugak dalam bab2 ni. -.-'''*. So this was our dishes on that day:

Ikan siakap masak 3 rasa
Ikan pari bakar sambal
Sotong goreng tepung (oh ini mesti and harus ada. my favourite tau!)
Kailan ikan masin
Nasi putih 6 pinggan
Air tebu 2 jug

ikan siakap masak tiga rasa
ikan pari bakar sambal
sotong goreng tepung (wajib ada)
kailan ikan masin
our meal for the last iftar
Haha... Sedap kan??

So, Ader dan Affieq Akmal pun terliur je bila tengok makanan tu sampai. Tak boleh makan dulu sebab nak tunggu yang lain datang. Tapi sayangnya, dalam pukul 7.40pm macam tu, Affieq Akmal dapat berita bahawa malam tu pukul 9.00pm dia ada presentation and group dia adalah yang pertama kena present (actually presentation tu kena buat pagi hari tu. then it was cancelled and was postponed to the next day, that is on Friday. tapi lecuturer tukar balik and buat on that Thursday night. but no one inform him earlier). Dia memang betul2 bengang la time tu. So apa lagi, dia pun cepat2 makan. *kesian... dia tak enjoy pun dia punya meal. makan untuk sekadar kenyang je.* Then lepas makan, dia terus 'shoot' balik ke UiTM. WHOOAA!! Jauh tu nak gerak balik UiTM. But he managed to get there in time... So, tinggal lah Ader sorang2 menunggu yang lain.

abang ni termenung lagi nampaknya.. tak tahan duduk kat meja sebab terliur tengok makanan yang tak boleh dimakan lagi.

Half an hour after that, my classmates datang. Then kami pun makanlah sekenyang-kenyang nya. Sampai dah tak larat lagi. Huahuahua.... Tadi diorang lapar sangat. Alih2 bila dah habis makan, masing2 mengadu tak larat. Then lepas makan, kami ke BAZAAR TAMAN CEMPAKA. Tempat tu macam pasar malam ada jual2 baju semua. Tak beli apa sangat cuma just jalan tengok2 je. Around 11.00pm macam tu, kami bergerak pulang and reached UiTM around 12.00am. Nasib pak guard yang jaga tu baik and tak tahan kami sebab balik lewat. :p

.my classmates.
from left: sikin, asfarina, safiyya, izad
me and my classmates
me after makan
macam pasangan kekasih yang baru lepas gaduh :p

END OF STORY??
So, that's the end of my story. Takdelah interesting sangat. Just nak share cerita je. Motive utama buat post ni just nak letak gambar kami makan je. :p

apabila dah habis makan

ANYTHING ELSE??
Okay la.. I think that's all for now. I will blog again kalau ada apa2 yang interesting or something yang nak di-share-kan. BYE ALL!!


p/s: kesian Affieq Akmal tinggal kat UiTM semalam bila kebanyakannya dah balik termasuk Ader. dia kena tunggu bas UiTM yang ke Kedah pukul 10.00pm malam semalam. sekarang ni rasanya masih lagi belum sampai rumah.


to Affieq Akmal, sekarang baru tahu rasa kena tinggal. hari tu tinggalkan Ader, macam ni lah rasanya... :p semoga selamat sampai.


XOXO
Aderina Affandi ♥